Saturday, May 28, 2011

Kenapa Saya 'Sembah' Allah

"Kau buat apa tadi?"

"Aku sembahyang."

"Sembah? Kau sembah apa?"

"Aku sembah Allah"

"Allah tu sapa?"

"Dia Tuhan sekalian alam"

"Kalau Dia tuhan kenapa nak sembah lagi? Kalau kau tak sembah, Dia tak jadi tuhan ke?"

"Eh, bukan begitu... (tersenyum)"

"Ye lah, Allah kan Rabbul Alamin, Dia memang hebat sejak azali, sama ada kita sembah atau tidak dia tetap tuhan... Jadi mengapa kamu masih sembah dia?"

"Saya rasa kamu dah salah anggap ni... (tersenyum)"

"Oh, saya faham. Kamu sembah Allah sebab nak kaya kan?"

"Nak kaya? Saya tak faham. Apa maksud kamu?"

"Ye lah, lepas sembahyang kamu mesti berdoakan?
Mesti kamu doa supaya kamu makin kaya, atau makin dicintai, makin itulah, makin inilah...
Betul tak? Bukannya ikhlas pun kamu ni, sembahyang sebab nak 'upah' dari Allah"

"Eh, bukanlah... (tersenyum)"

"Ye la, kalau Allah tu tuhan Rabbul Alamin kenapa perlu berdoa lagi? Bukankah dia sentiasa tahu isi hati kamu? Mengapa perlu kamu meminta-minta? Kamu rasa dia bodoh ke tak tahu apa yang terbaik untuk kamu?

"Baiklah, sebenarnya begini. Boleh saya terangkan?"

"Silakan Tuan Hamba"

"Kamu pernah berasa lapar atau dahaga tak?"

"Mestilah pernah"

"Jadi apa yang kamu buat?"

"Saya akan makan dan minum"

"Bagaimana kamu tahu kamu lapar atau dahaga?"

"Saya rasa dan rasa saya tu difahami oleh akal"

"Kamu yakin ke?"

"Mestilah saya yakin, sebab saya BENAR-BENAR merasakan lapar dan dahaga itu, dan akal saya memahaminya"

"Begitulah juga saya menyembah Allah, saya me'rasai' ketuhanan-Nya, dan akal memahaminya. Lalu saya bersembahyang"

"Betul, tapi kamu masih tak dapat terangkan mengapa PERLU kamu sembah dia sedangkan dia tetap tuhan walaupun dia tidak disembah?"

"Baiklah, begini... Selepas kamu makan dan minum, adakah kamu akan berasa lapar dan dahaga lagi? atau kekal kenyang selamanya?

"Tentulah tidak!"

"Jadi mengapa kamu terus makan dan minum, kalau kamu tahu kamu tetap akan lapar dan dahaga bila tiba masanya nanti?"

"Hehehe..."

"Begitulah juga saya dalam menyembah Allah... (tersenyum)"

"Nanti dulu, kamu masih tak terangkan kenapa kamu berdoa?"

"Baiklah, kamu ada kekasih tak?"

"Ada"

"Kamu pernah ucapkan kalimah 'aku cinta padamu' tak kepadanya?"

"Hehe.. Mestilah ada"

"Berapa kali?"

"Berkali-kali lah, kadang-kadang dalam sehari samapi berpuluh kali saya ucap 'aku cinta padamu' kepadanya"

"Kenapa perlu kamu ucapkan kalimah itunberkali-kali, sedangkan kamu sedar bahawa kekasih kamu sudah tahu dan pasti cintamu kepadanya?"

"Hehehe... Betul juga"

"Begitulah saya berdoa kepada Allah, walaupun Dia tahu isi hati saya, namun saya tetap akan mengucapkannya, berkali-kali"

"Hahahahaha...(ketawa bersama)"