Tuesday, June 7, 2011

Jacque Fresco dan Ekonomi Tanpa Wang


Ini Jacque Fresco, dan beliau merupakan salah seorang guru dan idola bagi diri saya. Jacque merupakan salah seorang pelopor falsafah ekonomi Resource Based Economy, yang mana falsafah ekonomi ini menolak penggunaan mata wang sebagai medium perdagangan sepenuhnya ataupun setidaknya pada tahap minimum. Menurut Jacque, sekiranya dunia bersatu dan hasil bumi di kongsi bersama, masalah seperti kemiskinan, kebuluran dan jenayah dapat dibasmi ataupun setidak-tidaknya berada pada paras minimum.

Jika di kaji idea yang dipelopori Jacque, kita akan sedar bahawa sistem ekonomi yang di guna pakai di seluruh dunia kini adalah sangat primitif dan anti-sosial, dan punca segala kemerosotan ketamadunan manusia berpunca dari wang.

Jacque kini berumur 95 tahun, dan nampak kelihatan Jacque akan mati tanpa melihat ideanya terlaksana. Namun saya berharap agar suatu masa nanti, kalau pun tidak kesemuanya, sebahagian daripada idea Jacque Fresco akan terlaksana, cuma saya berharap ianya akan berlaku di dalam hayat saya.

Falsafah Resource Based Economy merupakan antara idea yang penting untuk difahami, sekiranya ketamadunan manusia ingin terus berkembang. Ini bukan suatu Utopia, tetapi suatu harapan bagi bangsa manusia untuk keluar daripada kegilaan yang diciptakannya sendiri.

No comments:

Post a Comment