Tuesday, June 7, 2011

Subsidi Bahan Dagangan, Satu Komentar Bebas

*carta di peroleh daripada laman blog Jas Salleh

Demi menjadi seorang rakyat yang matang, saya berasa terpanggil untuk melakukan komentar pada carta senarai bahan dagangan yang di subsidi oleh kerajaan. Terdapat 6 bahan dagangan kesemuanya, dan di harap pada akhir komentar ini, kita dapat menilai sendiri sama ada bahan-bahan di atas terus di subsidi atau pun di tarik semula.


  1. Petrol dan Gas; ataupun bahan bakar asas fosil merupakan bahan bakar yang sangat tidak efisien, di mana sumbernya tidak mencukupi dan membahayakan alam sekitar. Petrol merupakan penyumbang terbesar, iaitu 70% - 80% , ke arah kemerosotan kualiti udara di ibu kota, dan lebih bahaya daripada asap rokok. Alternatif bagi sumber tenaga petrol adalah, elektrik, solar, geothermal, atau tidal dan wave.
  2. Tepung Gandum dan Gula; pula merupakan karbohidrat ringkas atau dalam bahasa Inggeris di panggil simple carbohydrate. Karbohidrat merupakan makanan yang menghasilkan tenaga bagi manusia, namun karbohidrat jenis ringkas merupakan penyumbang utama masalah berat badan atau obesiti sekiranya ia dijadikan makanan asas tenaga. Alternatif bagi karbohidrat ringkas adalah complex carbohydrate, ianya merupakan makanan tenaga yang lebih efisien di mana, ianya akan berada dalam sistem penghadaman lebih lama, dan memanjangkan rasa kenyang. Complex carbohydrate juga dapat menstabilkan paras gula dalam badan dan menjamin keseimbangan hormone. Antara contoh makanan complex carbohydrate adalah oat, whole grain wheat dan sayur-sayuran.
  3. Minyak masak; menguasai rak-rak di pasar raya kini adalah minyak masak tidak tepu, yang mana ianya telah di tempa atau di tambah bendasing bagi memanjangkan ketahanan minyak masak tersebut untuk di jual. Implikasinya pada tubuh manusia adalah, apabila di makan, badan sukar memproses untuk di bakar bagi tenaga. Hasilnya ianya akan terus tersimpan dalam badan sebagai lemak. Alternatif bagi ini adalah dengan mengubah cara penyediaan makanan dengan mengukus atau merebus, tanpa menggunakan minyak masak.
  4. Beras; pula sama penerangannya dengan tepung gandum dan gula. Ianya terangkum dalam kategori simple carbohydrate.
Tetapi apakah ini bermakna orang Melayu harus berhenti memakan nasi, oran India berhenti memakan capati atau tosei dan orang Cina berhenti memakan mee atau bi hun? mungkin bukan keseluruhannya, tetapi mengapa tidak?
    Jepun, Korea dan China telah mengadakan revolusi pemakanan dan diet sejak berpuluh-puluh tahun dahulu lebih awal daripada kita. Hasilnya negara mereka kini bermain di Piala Dunia, Liga Bola Keranjang Nasional Amerika, Liga Bola Lisut Nasional Amerika dan kegilaan terbaru kini, kumpulan Pop dan pelakon layar perak mereka menjadi idola remaja tanah air. Susuk tubuh mereka hampir setanding dengan manusia-manusia barat.

    Benar. Saya pasti ramai yang tertawa dengan komentar saya ini, namun percayalah, anda hanya mentertawakan diri anda sendiri yang gemuk, boroi, bantut, mungkin berjerawat dan berkulit kusam, hasil daripada pemakanan nenek moyang anda yang sudah lapuk dek zaman. 

    Apakah kita perlu memulakan revolusi pemakanan? Mengapa tidak? Sedangkan kita telah lama mengadakan revolusi pakaian dan cara hidup. Banyak orang Melayu, Cina dan India bertali leher dan kot ke tempat kerja, manakala golongan wanita dan gadis makin galak 'mengurangkan' pakaian pada badan bagi menandingi artis-artis barat, dan golongan korporat dan kelas pertengahan menghabiskan masa di coffee house dan bar-bar atau disko-disko popular di tanah air.

    Bagi pendapat saya, 'dosa' kerajaan adalah gagal mengadakan alternatif atau jalan keluar terhadap kemunduran kesedaran masyarakat dalam skala yang besar, dan 'dosa' ini bukanlah pada kerajaan sahaja tetapi patut di kongsi bersama oleh pihak pembangkang yang gagal menyuarakan perkara ini di parlimen.

    Sekiranya subsidi terhadap kesemua barang dagangan di atas di tarik semula dan dilaburkan pada penyelidikan sumber tenaga baru, menaik taraf transportasi awam dan komunikasi, penyelidikan genetik dan biomekanik, atau penyelidikan agrikultur alternatif, saya pasti kita dapat membina sebuah masyarakat baru, atau mungkin siapa tahu, negara kita dapat bermain di Piala Dunia kelak.

    No comments:

    Post a Comment