Pilihan Raya Umun Ke-13 merupakan peluang bagi rakyat menyaksikan satu fenomena yang diamalkan sejak berpuluhan tahun kita merdeka, iaitu pelaburan politik. Apakah yang dimaknakan dengan pelaburan politik?
Berkempen untuk pihan raya menggunakan sejumlah wang yang sangat banyak. Wakil-wakil yang bertanding akan menggunakan wang bagi meperlancarkan atau memudahkan proses berkempen, dan sudah tentu kemenangan menjadi suatu kemestian bagi wakil-wakil yang bertanding, kerana sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan dan dilaburkan.
UMNO sebagai contoh, di awal penubuhannya, hampir bergantungan sepenuhnya dari sudut kewangan dan penjanaan dana kempen pada MCA. Sumber utama dana kewangan MCA adalah daripada hasil loteri yang diniagakan pada tahun 1949. Apabila Parti Perikatan hampir kalah pada pilihanraya 1969, MCA keluar daripada gagasan perikatan buat seketika dan ini mewujudkan kesedaran dikalangan pemimpin UMNO untuk menjanakan dana kewangan secara bebas tanpa bergantungan. Memetik kata Tengku Razaleigh,
"UMNO invested in funds, borrowed money from banks to invest and collect donations from people who are not necessarily involved in business with government"
Namun disebabkan perkembangan sosio-politik, penggunaan wang dalam berkempen telah meningkat menyebabkan penjanaan dana kewangan harus dipergiatkan dalam skala yang lebih besar. Hasilnya, Malaysia merupakan antara sebilangan kecil negara yang mana Parti-parti politiknya, sama ada parti yang menubuhkan kerajaan atau pembangkang, mempunyai hak milik di dalam syarikat-syarikat korporat dan mempunyai kepentingan tertentu. Apabila ini berlaku, penyelewengan dan politik wang seolah-olah tidak dapat dielakkan, kerana politik kini seakan-akan telah menjadi suatu perniagaan. Memetik kata Tun Mahathir Mohamad,
"There can be no escaping from the fact that politics is money. You see without money you just cannot move. So, we have to raise fund... I know from inside sources that RM90 billion of the RM270 billion given by Petronas to Government between 2004 and 2009 is missing. Practically everyone who was elected to the (UMNO) Supreme Council in 2009 won because they used money. So you can say that UMNO central committee is actually made up of corrupt people".
Pada tahun 2006, Tun Mahathir Mohamad bertanding bagi memegang jawatan delegasi di dalam Perhimpunan Agung UMNO, dan tewas. Beliau berkata,
"UMNO headquarters send money to pay all those people not to vote for me. The division leader got RM2000, each member RM200..."
Penggunaan wang yang banyak merupakan fenomena biasa di dalam berkempen untuk pilihanraya dan seringkali perwakilan menggunakan sejumlah wang yang besar, lebih daripada apa yang telah ditetapkan bagi menjamin kemenangan. Menurut kata Dato' Chua Soi Lek,
"The limit for candidates' election expenses is RM200,000, but the official accounting does not reflect the true spending. Usually a candidate spends between RM500,000 to RM1 million for campaigning".
Implikasi daripada senario ini, bakal mewujudkan sebuah pemerintahan yang korup, disebabkan politik kini telah menjadi suatu perniagaan. Apabila pilihan diletakkan antara rakyat yang berbilang kaum, berbeza pendapat dan belainan fahaman dan pegangan, dan ahli-ahli perniagaan serta parti yang telah memastikan kemenangan perwakilan yang bertanding, sudah tentu yang lebih diutamakan adalah parti dan ahli-ahli perniagaan terbabit. Ini adalah kerana perwakilan 'terhutang budi' kepada ahli-ahli perniagaan dan parti, yang telah meletakkan mereka di dalam kerajaan. Menurut kata Bridget Welsh, penganalisis pelaburan politik,
"Before elections, the selection of candidates is based on the money dynamics, and deeply tied to patronage. People tend to enter politic to make money. As a result, the caliber of leaders is sacrificed at the expense of money politic"
Kita harus sedar, atas tiket apa sekalipun, sama ada BN atau BA, mereka pada hakikatnya adalah sebuah badan perniagaan korporat yang mengutamakan perniagaan. Ini dibuktikan sendiri dalam kerajaan Selangor yang di tawan oleh BA pada pilihan raya yang lepas. Ahli-ahli perniagaan yang menjadi penyumbang dana kewangan kempen pilihanraya BA, menguasai penerimaan kontrak projek-projek di Selangor, dan gejala ini dapat di lihat menular dalam lain-lain pentadbiran kerajaan negeri, di mana ahli jawatan kuasa yang walaupun mereka berkecuali dan tidak mempunyai keahlian mana-mana pihak, baik pembankang atau kerajaan telah di tukar, di ganti dan dipindahkan ke lain-lain tempat secara mengejut.
Sekiranya kita terus mengundi, pada analisa saya, sistem ini akan terus berjalan walaupun kita mengundi parti pembangkang, kerana amalan politik mereka sama. Mereka adalah ahli perniagaan yang mempunyai keahlian dan kepentingan di dalam sesebuah entiti korporat, yang mungkin bukan satu tetapi banyak. Buktinya, tiada satu pun ahli politik, baik BN atau BA yang berani mengisytiharkan harta mereka atau pun setidaknya menunjukkan bahwa mereka tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana badan korporat.
Pilihan raya adalah suatu acara di mana rakyat di tipu dan di cabul di hadapan mata, selagi kita terus mengundi kita akan terus-menerus diperlakukan sedemikian, dan selagi kita mencari penyelesaian pada ahli-ahli politik, kita akan terus dieksploitasi dan dipergunakan untuk kepentingan mereka, baik BN atau BA. Secara hakikatnya, di dalam negara kita ketelusan di dalam pengamalan sistem demokrasi sangat kabur. Apa yang benar-benar diperlukan oleh Malaysia kini bukan ahli politik tetapi seorang pendukung kemanusiaan sejagat.
*sumber dipetik daripada buku Reforming Political Financing in Malaysia, keluaran Transparency International.

No comments:
Post a Comment