Wednesday, November 30, 2011

Kebenaran Hakiki: Kesedaran Terbeza


Apakah kesedaran terbeza itu?

Terdapat pelbagai jenis kesedaran.

Kesedaran adalah berbeza daripada kefahaman dan ianya adalah dua perkara yang berlainan. Ilmu akan memulakan pengetahuan, pengetahuan akan memulakan kefahaman, dan kefahaman adalah permulaan kepada kesedaran dan kesedaran akan merubah perlakuan lantas menuju kepada suatu perubahan gaya kehidupan.

Kesedaran di sini boleh diertikan sebagai kefahaman yang disertakan dengan rasa atau perasaan yang merubah perbuatan. Mengetahui panasnya mentari dan merasai panasnya mentari adalah dua perkara yang berbeza. Mereka yang merasai panasnya mentari akan mempunyai suatu kefahaman yang lebih mendalam, akrab dan jitu tentang mentari itu sendiri.

Inilah matlamat terakhir dalam pencarian sesuatu ilmu, yakni bagi mewujudan suatu kesedaran.

Di dalam mencapai suatu kesedaran, ilmu harus disertakan dengan amal. Amalan tidak bermakna seseorang manusia itu telah mencapai kesedaran, tetapi ianya merupakan suatu praktis atau ritual yang sangat perlu bagi membantu mencapai kesedaran. Apabila ilmu disertakan dengan amal, ini akan merupakan suatu gabungan yang mungkin sekali dapat membantu seseorang manusia itu mencapai kesedaran.

Amal di sini pada kefahaman saya adalah perbuatan fizikal, dan perbuatan fizikal ini adalah seperti yang diketahui merupakan ilusi. Ada banyak amal yang boleh dilakukan yang apabila disertakan dengan ilmu bakal membawa kepada kesedaran. Namun amal yang terbaik antara semua amal adalah seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Apakah cara bagi mencapai kesedaran itu?

Seperti yang diterangkan ilmu harus disertakan dengan amal bagi mencapai kesedaran. Itu adalah matlamat setiap manusia yang mahu melihat kebenaran, iaitu kesedaran.

Islam mengajar kita solat, puasa, membaca Al-Quran, menunaikan zakat, menunaikan haji, dan bermacam-macam lagi. Ini semua merupakan amalan yang baik. Pengertian dan ilmu di dalam menjalankan amalan-amalan ini sangat penting kerana sebab yang seperti diterangkan di atas.

Ilmu membawa kepada pengetahuan, pengetahuan membawa kepada kefahaman, kefahaman membawa kepada kesedaran, kesedaran membawa kepada perlakuan dan perlakuan akan mencorakkan gaya hidup. Maka Islam itu dalam erti kata lain adalah gaya hidup. Agama itu merupakan gaya hidup. Itulah hakikat agama.

Di dalam agama Hindu dan Budha, hanya menamakan beberapa agama di dunia, ada juga mengesyorkan perkara seperti di atas. Namun kelemahan agama-agama tersebut adalah ianya sukar bagi manusia mempraktiskan dan mengadaptasikan kedalam kehidupan harian, kerana penumpuan terhadap ritual-ritual di dalam agama tersebut memaksa manusia itu mengorbankan kehidupan kemasyarakatan. Begitu juga dengan beberapa amalan-amalan ekstremis di dalam beberapa tarekat Islam itu sendiri.

Namun, Rasulullah SAW telah mengajarkan kesederhanaan di dalam Islam iaitu manusia dapat meneruskan ritual-ritual bagi mencapai kesedaran tanpa mengorbankan aktiviti kemasyarakatan, sekiranya kita mengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran Sunnah Wal Jamaah itu sangat mudah iaitu Al-Quran dan Hadis.

Ritual-ritual mencapai kesedaran

Solat adalah ritual yang menggabungkan kosentrasi atau meditasi disamping senaman badan. Solat lebih baik jika dibandingkan dengan meditasi yoga Hindu kerana ianya mempunyai pergerakan. Bermeditasi sambil bergerak merupakan aktiviti yang sangat mencabar disamping gabungan usaha bagi menjaga dan mengingati bacaan-bacaan di dalam solat. Solat juga membantu manusia melepaskan diri daripada pengikatan pada ilusi, kerana di dalam solat segala kerja, atau pengaruh, atau keperluan dalaman harus dihentikan serta-merta.

Puasa merupakan aktiviti pelepasan daripada pengikatan yang sangat jitu. Di dalam puasa bukan sahaja perut harus menahan lapar, tetapi seluruh pancaindera harus juga menahan diri daripada aktiviti kebiasaan dan menumpukan kepada perkara-perkara spiritual. Secara otomatik kosentrasi manusia akan beralih kepada dalaman dan ini akan membantu dirinya mengkaji ilusi-ilusi yang masih mengikat dirinya.

Zakat, sedekah, solat berjemaah merupakan ritual kemasyarakatan yang mengingatkan kita kepada asal usul, bahawa manusia pada hakikatnya bersumber daripada sumber atau titik permulaan yang sama, dan semua manusia secara kolektif termasuk alam adalah satu.

Penggunaan halucinogen merupakan penggunaan bahan substensi dadah. Terdapat banyak jenis dadah yang tergolong kepada jenis sintetik dan bukan sintetik. Jenis sintetik adalah yang diadun oleh manusia yang hilang bentuk asalnya, manakala yang bukan sintetik adalah yang kekal dalam bentuk asal seperti cendawan dan cannabis. Apabila manusia menggunakan substens ini ianya akan membuka bahagian akal manusia yang tidak diterokai dan membawa kepada kesedaran serta-merta.

Namun bahaya di sini adalah pengikatan, yakni manusia akan terikat kepada penggunaannya dan mewujudkan kebergantungan, kerana ia memberikan jalan singkat. Solat, puasa dan beberapa ritual Islam di atas juga dapat meberi kesan yang sama pada hakikatnya cuma lebih perlahan dan berperingkat-peringkat. Kedua, tidak ramai manusia yang boleh mengawal perjalanan pemikiran apabila kesedaran terbuka secara tiba-tiba atau serta-merta, lantas ramai yang menjadi panik atau lari, atau terpesong daripada maksud asal penggunaannya.

Seperti yang ketahui ritual-ritual ini merupakan sebahagian daripada ilusi walaupun ianya Islam. Namun ritual-ritual yang berada dalam lingkungan Islam adalah lebih baik dan dijamin keredhaannya berbanding yang tidak berada dalam linkungan Islam.

Penggunaan halucinogen bukan dalam linkungan Islam. Seperti firman Allah, 5:46

Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Apakah tingkat-tingkat kesedaran itu?

Kesedaran itu terdapat pelbagai jenis, namun jika dilihat di dalam masyarakat terdapat 3 jenis kesedaran iaitu kesedaran jenis binatang, kesedaran jenis manusia, dan kesedaran jenis manusia sempurna.
Kesedaran jenis binatang adalah kesedaran yang mengikut nafsu, di mana corak kehidupan manusia jenis ini hanya memenuhi kehendak yang diperlukan oleh tubuh badan tanpa panduan berbentuk ilmiah. Seperti memenuhi lapar, dahaga, keperluan seksual dan keprluan badan yang lain. Ianya primitif dan tidak berbentuk ilmiah atau jika ada ianya cetek dan tidak dalam.

Kesedaran jenis manusia adalah yang mempunyai panduan ilmiah dan ilmu yang ada digunakan bagi memandu kehendak badan. Ianya lebih baik dari kesedaran binatang di mana ia dapat menentukan positif dari yang negatif dan mewujudkan hidup berketamadunan.

Kesedaran jenis manusia sempurna mempunyai panduan ilmiah dan juga pengetahuan ketuhanan. Ia tidak terbatas pada pengetahuan pada bahan material sahaja di mana ia juga merangkumi perkara-perkara ketuhanan yang berbentuk rohani atau spiritual.

Kesedaran merupakan pengakhiran bagi setiap telahan ilmu.


Wednesday, November 2, 2011

Kau, Aku dan Dia...

Bilakah hidupmu bermula?

Hidupmu bermula ketika detik pertama aku menatap wajahnya. Ratusan wanita menghadapkan wajahnya ke wajahku, cantik, dan mempersonakan. Namun aku bak gunung yang berdiri teguh, hanya tersenyum sambil hati mengatakan yang ianya semua adalah ilusi... sehinggalah datangnya wanita itu.

Kecantikan dan keayuannya melampaui materi, halus dan penuh seni. Lalu akalku menjadi bingung, lantas wanita itu juga kini melampaui fikiranku. Maka diriku yang tadinya ibarat gunung menjadi hancur berkecai, dimusnahkan bukan dengan kekerasan tetapi dengan suatu kelembutan. Aku pasrah.

Tanpa dipaksa, aku larut ke dalam dirinya, hanyut jauh ke dalam jurang cinta seorang wanita. Disebalik kelembutan dan kehalusan ciptaannya, tersembunyi sebuah kekuatan yang mampu menggegar seluruh alam.

Tatkala usiamu baru 130 hari, jari telunjukmu terhasil.
Kaki-kakimu pula terhasil ketika usiamu 133 hari, manakala tulang-tulang,
sendi-sendi dan urat-uratmu terhasil ketika usiamu 134, 135, 136 hari.
Lidahmu yang petah itu terjadi pada hari ke143 usiamu.
Pada usiamu 145 hari, barulah kau bernyawa,
dan genap usiamu 280 hari barulah lengkap kejadianmu...


Ketahuilah, bahawa beginilah asal kejadianmu, hasil pertemuan antara dua dunia. Bahawa kau tiada lain melainkan suatu BUKTI dan RAKAMAN percintaan antara dua insan, yang memperdagangkan cinta bagi mendapat keredhaan-Nya... Subhanallah.





The Awakening


The Secret You


Monday, October 17, 2011

The Greatest Speech Of The Century

He rarely speak, but when he does the world trembles. Mr. Charlie Chaplin as how he is in the movie, The Great Dictator.


Murtad dan Malaysia

Murtad dari sudut harfiahnya bermakna 'keluar'. Apabila seseorang Islam itu murtad, ini bermaksud dia telah keluar dari agamanya. Al-Quran tidak meletakkan secara khusus apakah hukuman dunia bagi murtad. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa mereka yang murtad wajib di hukum, manakala sesetenganya pula tidak meletakkan sebarang hukuman selagi mereka yang murtad itu tidak membahayakan atau mengancam agama Islam.

Murtad dapat di kenal pasti dan dilihat dari beberapa sudut. Antaranya dengan keluar dari agama Islam kemudian memeluk agama yang selain darinya, menafikan kewujudan Allah dan rasul-Nya, mempersendakan agama Islam, menyembah berhala, menolak syariat Islam atau menghalalkan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

Menurut Yusof Al-Qaradawi, hukuman bagi murtad telah termaktub dan dipersetujui oleh sekalian ulama', Mereka mempersetujui bahawa, para pesalah murtad wajib dihukum, namun Ulama' sendiri berbeza-beza pendapat akan jenis hukuman yang harus diberikan. Tetapi majoriti mereka mempersetujui bahawa hukuman yang setimpal adalah bunuh.

All Muslim jurists agree that the apostate is to be punished. However, they differ regarding the punishment itself. The majority of them go for killing; meaning that an apostate is to be sentenced to death. Authentic Hadiths have been reported in this regard. Ibn `Abbas reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said, "Whoever changes his religion, you kill him." (Reported by all the group except Muslim, and at-Tabarani also reported it with a sound chain of narrators. Also recorded in Majma` Az-Zawa'id by Al-Haythamiy.)


Negara kita merupakan negara Islam berpelembagaan. Namun ini merupakan satu identiti yang sangat kabur kerana amalan dan corak kehidupan majoriti masyarakat di Malaysia tidak mempamerkan atau sedikit sekali menunjukkan ciri-ciri ke-Islaman. Majorit negara Islam dunia menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti umum, berlainan dengan Malaysia yang menjadikan hari Ahad, sebagai hari cuti umum yang merupakan hari rehat tradisi agama Kristian sejak turun-temurun.


Corak kehidupan masyarakat Malaysia yang majoritinya Islam hampir sama dengan Amerika, yang mengamal budaya kompetitif dan agresif dan sangat materialistik. Rata-rata disini tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Islam di Malaysia hanya dijumpai pada pukul 1 petang setiap hari Jumaat dan setahun sekali pada hari pertama bulan Syawal.


Ratusan mereka yang murtad merupakan hasil 'peranakan' jutaan umat Islam di negara yang tidak sensitif dalam merencanakan kehidupan Islam. Maka pada hakikatnya mereka merupakan 'mangsa' yang dianiaya oleh golongan majoriti yang 'perasan' dirinya Islam, di mana secara kolektifnya kita semua bertanggungjawab dalam membina sebuah negara berkonsepkan Islam, dan Islam itu sendiri bermakna sejahtera.


Menggubal akta perlembagaan bagi menghalang agama lain dari berdakwah hanya akan memburukkan lagi keadaan, membuatkan golongan bukan Islam di negara bertambah benci dengan Islam. Ini juga menunjukkan kelemahan masyarakat Islam sendiri yang tidak mampu menyelesaikan permasalan dalaman sesama sendiri. Bak kata pepatah, kerana marahkan nyamuk, kelambu di bakar.


Mengadakan perhimpunan dan berarak dijalanan hanyalah seperti melemparkan najis ke muka sendiri. Kita seharusnya belajar daripada kesilapan, berhenti menuding jari dan berusaha memperbaiki kelemahan terhadap pemahaman pada agama kita. Menghukum bunuh para mereka yang murtad merupakan satu jalan mudah dan pendek akal, dan lantas menyatakan kita tewas dalam menyelesaikan permasalahan ini.


Diversiti dan variasi kaum dan agama di Malaysia merupakan suatu anugerah Allah yang tidak terhingga. Sekiranya kita berusaha merendahkan diri, memperakui bahawa fenomena ini puncanya dari diri kita sendiri, kita bakal menjadi umat Islam yang matang, pro-aktif dan dinamik. Hasilnya kita akan sedar bahawa, Allah meletakkan kita di dalam negara yang berkhilaf agama dan kaumnya semata-mata untuk Islam itu sendiri menyinarkan keindahan dan kesejahteraannya, sebagaimana Allah menciptakan malam bagi siang menampakkan cahayanya. Namun ini akan terus menjadi sebuah ideal selagi kita gagal melihat punca permasalan ini dari dalam dan sebaliknya dari luar. Wallahualam.


  

Thursday, October 13, 2011

Islam, The Journey Of Destiny

I am a proud Muslim. I tried to practice Islam as avid as possible, though sometime or perhaps most of the time I failed. However, is not that  the story of most of us? The only different between me and the rest of the other Muslim is that, I have already accepted and live the fact that imperfection is the necessary 'evil' which make me perfect.

There was a point in my life when I was challenged. It was said that I am a Muslim due to hereditary. That I inherited the religion from my parents and so does my parent from my grandparent and so on. I then took a bold effort to leave my religion and embark on a 'sinful' journey to find other religion than the one I am familiar with.

Through the journey, I studied Christianity, Hinduism, Buddhism, Jainism and even Zoroaster. I fell in love with Jesus from Nazareth, as his words struck me when he said that The Kingdom of Heaven is within you. Sidharta then taught me his 4 noble truth, and one of it says that the ultimate truth of life is suffering, and I then suffers no more. While Gandhi show me love, that even the lowest and cruellest form of oppression and tyranny can be battle and won with a single act compassion.

The ironic is, at the end of the journey, it made me realise the value of Islam, and hence I fell in love with my own religion that I have left but only to re-discover it once again. Religion just like races are colours. Without Christianity, Buddhism, Hinduism and the rest of the religion of the world, I would never realise the beauty and the amenity of Islam. I also are able to relate with all the other religion, appreciate it, and also share mine. The rest of the world, regardless of races or religion are my brothers. The polarity of positive and negative are tolerated once when we try to find beauty in others, as 'others' are also from God. We are destine for many things, and when we realise this, we would also understand that religion is not one that could be seek but found. Wallahualam.









Tuesday, October 11, 2011

She As How I See

Sometime we forget. Things which is so simple, yet could be so fascinating simultaneously. We are a complicated creature, and at time we tend to complicate things. However, our complication is actually an element of our existence that we should cherish and carry it care-freely.

God works mysteriously, beyond even our wildest imagination at time. In the eyes of God everything is possible, an escapable value which lies at the brilliant of His creation.

It is time for us to open our eyes and heart, and realise that He is near, and we are within His majestic care and love eternally.


Saturday, June 25, 2011

How To Make RM1000 In One Day

Berkali-kali zaman diperbaharui. Pada hujung sesebuah zaman, muncul seseorang yang akan mengetuai bangsa manusia menuju ke arah pembaharuan yang lebih baik dan berbetulan dengan kehendak fitrah.

Pada zaman ini, manusia telah kembali menyembah berhala. Maka muncullah bukan satu, tetapi ribuan berhala yang menjadi sembahan manusia. Upacara menyembah berhala ini berlaku setiap hari dan setiap masa, malah ketaatan manusia menyembah berhala pada zaman ini lebih galak dan dasyat dari zaman-zaman yang sebelumnya.

Tepat pada jam 8.30 pagi, dari Isnin hingga Jumaat, upacara ini dapat disaksikan secara global. Mereka berpusu-pusu, mengenakan tali leher, kot dan sepatu kulit bagi meneruskan amalan nenek-moyang yang turun-menurun. Berhala yang menjadi ketua bagi semua berhala di zaman ini adalah Mammon, dan dari Mammon muncullah berhala-berhala yang lain, yang walaupun berbeza tetapi merupakan sekutu-sekutu Mammon juga.

Mammon membuatkan manusia tertipu, bahawa kita telah sampai pada destinasi, namun pada hakikatnya kita berada pada suatu perjalanan dan dunia ini hanyalah suatu persinggahan. Buktinya adalah kita semua akan mati. Bagi mengalihkan perhatian, Mammon lebih jahat lagi mengaburi manusia bahawa kematian itu merupakan suatu kesedihan, lalu ramai yang tertipu lantas makin ramailah lagi yang membina pelbagai jenis berhala untuk disembah dan lama-kelamaan kita menjadi terlupa.

Setiap manusia pada zaman ini, dari tukang sapu mahupun ketua negara, dari yang Kristian, Islam, Buddha, Hindu, mahupun Athies atau freethinker menjadi penyembah Mammon yang sangat taat.

Mammon kini telah berjaya menguasai dunia, dan semua agama yang dianggap suci juga menjadi taklukan Mammon. Maka ramai yang mencari perlindungan di bawah semua agama utama dunia terpedaya dan terjerumus dalam kancah menyembah Mammon.

"No man can serve two masters: 
for either he will hate the one, 
and love the other; 
or else he will hold to the one, 
and despise the other. 
Ye cannot serve God and mammon."
-Matthew 6:24-



Friday, June 24, 2011

Cara-cara Menjadi Kurus Dalam Seminggu

Segala-galanya berada di dalam diri, jadi mengapakah kita begitu hiba? Kegembiraan dan kebahagiaan sangat murah nilainya, tidak perlu bekerja berjam-jam bagi mencari berjuta-juta. Hanya perlu berhenti seketika, mengasingkan diri, dan melihat ke dalam. Jika berjaya maka bahagialah kita selama-lamanya.

Kecetekan akal, dan pengaruh sekeliling mengajar bahawa Tuhan ada pada Prada, Mercedes, Fazura dan seangkatan dengannya, tetapi apakah Tuhan itu begitu penting, dan apakah dia entiti yang selain dari diri ini? atau Dia lebih dekat dari urat yang menjalar di leher dan tubuh? 

Dia berada di mana-mana, di hadapan, di belakang, di atas mahupun di bawah. Dia hanya tersenyum melihat kita tercari-cari, terkapai-kapai, walhal Dia sentiasa bersama dan tidak pernah berpisah. Setelah menyedari, kita menjadi hiba, sedih mengenangkan bertahun-tahun hidup ini terbazir dan hanyalah sekarang baru dapat melihat, menyentuh, dan merasa-Nya.

Namun itu lah Dia, yang penuh dengan muslihat dan tipu daya, Si Pengarah yang jauh lebih hebat dari Speilberg, Lucas mahupun Wachowski, atau apakah mereka itu Dia juga, yang hadir dalam jasad kekafiran dan kekufuran. Tetapi siapakah berhak mengatakan mereka sekalian itu kafir, tidak lain melainkan Dia juga.

Hidup dan mati telah dilalui berulang kali, yang mahu di cari kini adalah keabadian. Bunyinya mustahil, tetapi hanya pada bunyi dan bunyi itu kian menjadi sunyi dan kini terus menjadi sepi. Segalanya kini tidak mustahil, semuanya boleh, dunia tanpa sempadan, bangsa pada nama, dan bahasa hanya suatu kemajmukan. 

Lihatlah pada dunia, buangkanlah benci mu dan pasti kau akan melihat Dia,
tersenyum,
manis, dan
teguh, serta sabar menanti kepulangan mu, Muhammad...


Wednesday, June 22, 2011

Pencinta Wanita



Aku melihat wanita zaman ini, hampir kebanyakannya berlumba-lumba untuk 'mengurangkan' pakaian pada tubuh mereka. Bagi nampak seksi, cantik, menarik dan menawan. Seolah-olah lagi kurang pakaian yang di pakai lebih baik. Kemudian aku cuba fikirkan di mana puncanya. Apakah yang membuat wanita kini begitu 'gila'?

Jawapannya adalah lelaki.

Wanita menjadi begitu disebabkan lelaki, kerana lelaki mahu begitu. Dalam erti kata yang lain mereka tidak salah, yang salah adalah lelaki, kerana disebabkan kebodohan, kejahilan dan kecetekan pemikiran kita, yang gagal melihat keindahan disebalik materi.

Mereka seksi untuk kita, kerana akal kita terlalu cetek untuk melihat kecantikan dan ke'seksi'an di sebalik purdah dan jilbab. 

Aku mahu semua lelaki sedar dan lebih bertanggungjawab, bahawa setiap wanita adalah jagaan kita. Apabila kita terlalu 'binatang' maka wanita ikut sama, maka jadilah kita manusia era binatang.

Wanita pada kita adalah, payu dara, punggung dan lubang, dan kerana itulah kita dapat menukar ganti mereka seperti baju, kereta atau semburan minyak wangi. Itulah lambang pemikiran kita, cetek dan ringkas.

Apa ada pada wanita? Jawabnya Ar-Rahim.
Punca segala kasih sayang di dunia,
yang gagah menanggung 'beban' selama 9 bulan,
semata-mata mahu memberi suatu jiwa untuk melihat dunia. Subhanallah.

Wallahualam.



Tuesday, June 21, 2011

Dulu Aku 'Bodibider'

Dulu aku 'bodibider'
Dadaku bidang, lenganku pejal,
Urat berjalur menjalar-jalar,

Dulu aku 'bodibider',
Tubuhku sasa jiwaku megah,
Mana yang kerdil tak ku endah,

Dulu aku 'bodibider',
Di duniaku gagah bak adi perkasa,
Sekali ku ratah bersepah-sepah,

Kini... aku hanya pelangi,
Melintang rendah menghiasi bumi,
Cahayaku pelbagai berseri-seri,

Menjadi bukti keesaan ilahi.




Sunday, June 19, 2011

Tuhanmu dan Punggungku


yang kau anggap Tuhan
ada di punggungku
bila semua panduan
engkau tinggalkan

hancurkan peradaban
dan erti kemanusiaan
demi Tuhanmu
yang berada di punggungku

tinggalakan sebentar
erti malu dan segan
bila dilorong belakang bangunan
demi Tuhanmu
yang berada di punggungku

patuh pada bisikan
tunduk dengan hasutan
sang parewa ghaib
atas nama Tuhanmu
yang berada di punggungku

kehidupan satu perjuangan
nuansa antara kita
hidupmu hanyalah
untuk Tuhanmu
yang berada di punggungku

dan kini aku bertanya
apakah benar Tuhanmu di situ
pabilaku lihat punggungku
hanyalah segumpal kertas segi empat
yang tertera wajah sultan mangkat.

karya agung Ridhwan Idris


Wednesday, June 15, 2011

Negara Islam?

Melihat pada keriuhan di dalam senario politik negara, berkenaan dengan isu negara Islam, kita dapat melihat sendiri pelbagai pihak cuba tampil bagi memberikan satu definisi. Namun, kita masih lagi belum jelas sepenuhnya dengan apa yang dipanggil sebagai negara Islam itu.

Islam merupakan perkataan Arab yang di ambil dari kata akarnya iaitu salama. Islam bermaksud penyerahan sepenuhnya kepada Tuhan, dan juga diertikan sebagai sejahtera. Secara keseluruhan, ringkasannya kita boleh mengertikan maksud Islam itu adalah penyerahan sepenuhnya kepada Tuhan, dan mereka yang berbuat demikian berada dalam keadaan sejahtera.

Persoalannya di sini, bukanlah sama ada kita patut menjadikan Malaysia ini sebuah negara Islam, tetapi adalah Malaysia sendiri boleh atau layak menjadi negara Islam? Bagi menjawab persoalan ini, kita harus melihat realiti kehidupan rakyat Islam dan bukan Islam di Malaysia, dari sudut kemasyarakatan dan kesedaran.

Sunnah mengajar kita bahawa agama tidak boleh dipaksakan ke atas individu yang lain, tetapi ianya haruslah di kongsi. Melihat kepada senario sosial masyarakat Malaysia, adakah terdapat perbezaan antara individu Islam dan bukan Islam, atau mereka sama sahaja? Terdapatkah mana-mana indvidu Islam, yang bukan segelintir, tetapi jutaan yang boleh dijadikan model atau rakyat contoh kepada individu bukan Islam dan juga yang Islam, atau sangat sedikit? Adakah masyarakat Islam di Malaysia sepakat dan bersatu-padu dalam menangani sesebuah isu, atau mereka masih lagi berpecah-pecah? dan apakah jika di ambil mana-mana individu Islam dan sekiranya di tanya berkenaan hal-hal Islam, mereka dapat menjawabnya dengan sepintas lalu? atau mereka hanya tersipu-sipu malu, kerana tidak tahu jawapannya?

Sekiranya masyarakat Islam di Malaysia masih lagi tidak mampu mengangkat pengertian Islam itu sendiri, bagaimanakah kita dapat berkongsi keindahan agama kita ini dengan mereka yang bukan Islam? dan sekiranya anda berada di tempat mereka, dan melihat sendiri perpecahan, pergaduhan dan perkelahian antara sesama masyrakat Islam, adakah anda mahu negara ini menjadi Islam?

Sekuntum bunga yang indah, walaupun cantiknya tidak terperi, namun jika diberikan kepada seekor monyet, ianya pasti akan musnah.

Islam bukan agama nenek moyang atau ikut-ikutan, tetapi ianya haruslah di cari, di selidiki dan di tawan. Mengucap syahadah hanyalah suatu perkenalan atau mukadimah kepada Islam, namun menjadi Islam sejati itu adalah perjalanannya yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, dan cabaran terbesar umat Islam pada abad ini adalah umat Islam itu sendiri yang makin hilang identiti dan terlupa jati diri.

Percayalah, masyarakat bukan Islam di negara ini, bukannya menunggu untuk melihat kita jatuh agar Malaysia dapat dijadikan negara Kristian, Hindu atau Buddha. Tetapi mereka menunggu kita, untuk kembali menemui jati diri, agar agama akhir zaman ini, kesinambungan dan kesejahteraannya dapat dikongsi dan dinikmati bersama?

Islam bukan Melayu, tetapi sebahagian daripada identiti Melayu. Bangsa Melayu itu di panggil ME... LAYU kerana pada awal ketamadunan bangsanya, Melayu itu sentiasa layu pada kezaliman dan kebiadapan, tetapi segar pada kesejahteraan dan kehormatan.

 "I wanted to know the best of the life of one who holds today an undisputed sway over the hearts of millions of mankind.... I became more than ever convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet the scrupulous regard for pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the second volume (of the Prophet's biography), I was sorry there was not more for me to read of that great life"-Mohandas Gandhi, a Jain-






Thursday, June 9, 2011

Aku Tetap Aku

Teringat aku dahulu. Di cabar oleh Sang Puaka. "Kau ni Islam sebab mak bapak, kalau mak bapak kau kafir kau pun kafir. Tak payah nak bangga sangat la dengan Islam kau tu...", katanya sambil mentertawakan aku. Lalu aku tersentak, dan ku cabar diri ini. Lantas aku tinggalkan Islam dan ku rantau yang selainnya.

Selepas Kristian, Hindu.
Selepas Hindu,  Buddha.
Selepas Buddha, Jain.
Selepas Jain, Krishna.
Selepas Krishna, Judea.
Selepas Judea, Rasta... dan lagi, dan lagi, dan lagi...

Selepas berhari, berminggu, berbulan, bertahun dan berdekad. Maka semua sebati menjadi darah dan daging ku. Aku berperang dan tewas, kemudian menang disusuli kalah, diakhirnya aku berjaya. Namun kemudian di ancam pula dengan kecewa, sedih dan duka, air mata membasahi pipi, menangisi akan diri, namun Tuhan tetap satu, di akhir titi ku bertemu Ar-Rahman, yang sambil berjalan memimpin tangan Ar-Rahim.

Duduk di atas batu, mengenang kisah, lalu kini bertemu pula dengan pasrah. Walaupun pipi telah di kucup, walaupun perawan-perawan suci bisa mengubat hati, namun jiwa terasa jauh, merindui kampung halaman yang sekian lama ditinggalkan.

"Marilah mendirikan solaaaatt!"
"Marilah menuju kemenangaaaann!"


Kata-kata yang dulunya sama kini berbeza, lebih lunak, lebih merdu. Lalu aku bingkas bangun, berlari menuju suara. Ku lihat Buya, dengan rupa segak bergaya, sudah sedia berdiri menunggu. Berjipa putih sambil dipinggang terikat kemas selendang merah. Aku melompat menerkamnya, lantas didakapnya tubuh, dipeluk erat cicitnya, cintanya membara padaku, namun tiada siapa pun yang tahu, rahsia aku dan Buya.

Mereka semua sahabat, bukan lagi musuh ku.
Mereka semua teman, bukan lagi lawan ku.

Selepas menghirup secangkir kopi, kini aku harus pulang. Masa bersama belum tiba, kerana tugas belum selesai. Namun kini aku tidak lagi khuatir, kerana sudah ku tahu asal-usulku.

Aku adalah aku,
Bangsa ku manusia,
Negara ku dunia,
dan agama ku sejagat, Islam.

Wallahualam.





Rasa


izinkanku mencoret rasa,

yang lahir pada zahir dirimu,

penuh indah melankolia citra,

kata cinta jua tidak meleraikan perasaan,

prolog kasih bukan jawapan,

namun tetap perasaan menjadi persoalan,

aku dan kamu,

bermaksud mungkin menjadi satu,

dalam ketika dan waktu,

yang bisa menjadi harapan palsu,

buat sang AKU...


karya agung Ridhwan Idris



Fitrah


aku culas berlari,
walaupun berkudrat dan kaki,
malah untuk berdiri,
harus berpaut pada si kanan dan kiri.

aku suka bercerita,
walau tiada isinya,
bahkan sohehnya kabur,
tetap kata nista terhambur.

mata terus memandang,
sang penjulang agama itu berbogel dan telanjang,
kita tepuk dahi sambil ketawa,
tatkala berfatwa sang lidah bercabang dua.

dan gajah masih menari tarian perang,
aku ini belalang bukan seladang,
akhirnya mati di celah kangkang,
tika sang gajah menari tiang.

karya agung Saudara Ridhwan Idris



Wednesday, June 8, 2011

Menuju Kesedaran Global



Sejarah merupakan rakaman peristiwa-peristiwa penting yang relevan dalam ketamadunan manusia. Melalui sejarah kita dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran bagi memperbaiki kehidupan kita. Dalam sejarah, dari mula ianya direkodkan, peperangan, perebutan, peralihan kuasa dan pentadbiran merupakan intipati hidup manusia. Lalu kita menganggap bahawa ini semua adalah perkara biasa. Bahawa untuk mengecapi kehidupan yang baik dan keamanan sejagat, kita perlu menitiskan darah dan menumbang suatu kuasa tertentu. Namun apakah kita akan berterusan begini? Mungkinkah kita dapat mengecapi keharmonian tanpa peperangan dan pertelingkahan?

Manusia sedang melalui suatu evolusi yang tidak mungkin dapat dielakkan. Ketika kita merasakan diri berkuasa, mentadbir, dan mengarah, namun pada hakikatnya ada suatu kuasa yang menguasai seluruh bangsa kita, iaitu bangsa manusia, dan kuasa ini telah lama ada dan wujud sejak azali lagi, lebih awal daripada kewujudan kita. Bagi mereka yang spiritual akan memanggil kuasa ini Allah, Krishna, Yahweh, The Divine dan sebagainya. Namun pada hakikatnya, walau apa pun nama ini dipanggil ianya tetap satu dan konsep serta esensinya adalah sama.

Manusia kini dalam perjalanan menuju suatu zaman, iaitu Zaman Emas atau The Golden Age, di mana keharmonian dan keamanan pada tahap yang tertinggi bakal dikecapi tanpa kita dapat menolaknya. Di saat dunia mengalami kehancuran, baik dari segi semula jadi atau perbuatan manusia sendiri, ketika hampir seluruh negara di dunia mengalami konflik secara fizikal mahupun rohani, hikmah di sebalik kesemua fenomena ini akan mendatangkan suatu harapan dan diakhiri dengan kemenangan. Kehancuran dan kemunduran manusia sejagat, sejak awal kejadiaannya bakal menuju ke kemuncaknya. Namun bagi mereka yang mempunyai visi akan tersenyum kerana melihat ianya hanyalah sebahagian daripada evolusi spesis manusia itu sendiri.

Oligarkis dan fasis menguasai hampir seluruh dunia, dan kelihatan kini mereka semakin giat menjalankan usaha bagi mengekalkan diri berkuasa. Apabila kita mendengar, melihat dan berfikir, kita akan dapati ini adalah tiada lain melainkan tindakan mereka yang sangat terdesak, bagi menghalang suatu kesedaran. Iaitu kesedaran global. Di seluruh dunia kini, kita dapat melihat bahawa masyarakat sejagat semakin arif dan sedar akan permainan politik golongan oligarkis dan fasis, dan propaganda yang di bawa oleh media mereka semakin tumpul dan tidak memberi kesan.

Masyarakat di seluruh dunia telah beralih kepada media alternatif seperti internet, di mana mereka boleh memilih dengan sendiri apa yang mahu di baca dan tatapi. Ahli-ahli politik, baik dari kerajaan atau pembangkang, Republikan atau Demokrat, Buruh atau Konservatif semakin dipinggirkan, termasuk juga golongan ekstremis agama dan puak pelampau, baik Islam, Kristian, Hindu mahupun Yahudi. Manifesto yang di bawa mereka, yang kononnya perjuangan telah terbukti tiada lain melainkan idea-idea yang berlandaskan nafsu kebinatangan yang jahil dan buta.

Apakah yang perlu kita lakukan bagi menghadapi dan mempersiapkan diri bagi menghadapi Zaman Emas ini? Jawapannya tiada apa-apa. Kita tidak perlu melakukan apa-apa, melainkan menjalani kehidupan seperti biasa. Kesedaran global atau global consciousness merupakan hukum alam, sama seperti peredaran siang dan malam. Ianya dibawakan oleh suatu kuasa yang lebih agung daripada kita semua.


The Way We Grow Up


When I was little, I ask my mom where do I come from, or how does a baby came. My mom told me it was magic or if I'm not mistaken the angel came and put me at the door. The first book I ever read as I remember was maybe about Jack and Beanstalk, and Smurf, the Flinstone and Scooby-Doo was my fovourite TV show.

That was how I was brought up. I guess I was not alone and most of the kids during my time grew up like that and experience the same thing, and I guess kids nowadays also, except that they are more advance with, PSP and PS 3, 4 or 5 that is.

We were raised by 'lazy' parents. Why I said 'lazy' is because, growing up we have a lot of shit to ask. It is true, I remember I was an 'asking machine', and I would ask everything about anything. So, to minimize that, I guess my mom would put me in front of the TV , and 'fascinate' me with the cartoons, so I keep my mouth shut.

Ironically, the same practice repeated when I am an adult, not by my parent, but the government or perhaps the people around me. Instead of talking about the reality of things happening. They would feed you with some story, does not matter whether it is nice or bad or true or false, just something for us to read and take us off from the reality, like some politician sex scandal(that's always nice to read and never gets old),
Iphone newest model, more woman with much lesser cloth on TV, the world is going to end at 2012, we've kill Osama, but no picture because its too gory(isn't killing is gory at the first place?) or some similar crap like that.

I guess we can't blame them. It is just how we were raise and not our parents even, because that is how they were raise...

Time to change maybe?

Tuesday, June 7, 2011

Mengapa Kita Perlu Berhenti Mengundi

Pilihan Raya Umun Ke-13 merupakan peluang bagi rakyat menyaksikan satu fenomena yang diamalkan sejak berpuluhan tahun kita merdeka, iaitu pelaburan politik. Apakah yang dimaknakan dengan pelaburan politik?

Berkempen untuk pihan raya menggunakan sejumlah wang yang sangat banyak. Wakil-wakil yang bertanding akan menggunakan wang bagi meperlancarkan atau memudahkan proses berkempen, dan sudah tentu kemenangan menjadi suatu kemestian bagi wakil-wakil yang bertanding, kerana sejumlah wang yang besar telah dibelanjakan dan dilaburkan.

UMNO sebagai contoh, di awal penubuhannya, hampir bergantungan sepenuhnya dari sudut kewangan dan penjanaan dana kempen pada MCA. Sumber utama dana kewangan MCA adalah daripada hasil loteri yang diniagakan pada tahun 1949. Apabila Parti Perikatan hampir kalah pada pilihanraya 1969, MCA keluar daripada gagasan perikatan buat seketika dan ini mewujudkan kesedaran dikalangan pemimpin UMNO untuk menjanakan dana kewangan secara bebas tanpa bergantungan. Memetik kata Tengku Razaleigh,

"UMNO invested in funds, borrowed money from banks to invest and collect donations from people who are not necessarily involved in business with government"

Namun disebabkan perkembangan sosio-politik, penggunaan wang dalam berkempen telah meningkat menyebabkan penjanaan dana kewangan harus dipergiatkan dalam skala yang lebih besar. Hasilnya, Malaysia merupakan antara sebilangan kecil negara yang mana Parti-parti politiknya, sama ada parti yang menubuhkan kerajaan atau pembangkang, mempunyai hak milik di dalam syarikat-syarikat korporat dan mempunyai kepentingan tertentu. Apabila ini berlaku, penyelewengan dan politik wang seolah-olah tidak dapat dielakkan, kerana politik kini seakan-akan telah menjadi suatu perniagaan. Memetik kata Tun Mahathir Mohamad,

"There can be no escaping from the fact that politics is money. You see without money you just cannot move. So, we have to raise fund... I know from inside sources  that RM90 billion of the RM270 billion given by Petronas to Government between 2004 and 2009 is missing. Practically everyone who was elected to the (UMNO) Supreme Council in 2009 won because they used money. So you can say that UMNO central committee is actually made up of corrupt people".


Pada tahun 2006, Tun Mahathir Mohamad bertanding bagi memegang jawatan delegasi di dalam Perhimpunan Agung UMNO, dan tewas. Beliau berkata,

"UMNO headquarters send money to pay all those people not to vote for me. The division leader got RM2000, each member RM200..."


Penggunaan wang yang banyak merupakan fenomena biasa di dalam berkempen untuk pilihanraya dan seringkali perwakilan menggunakan sejumlah wang yang besar, lebih daripada apa yang telah ditetapkan bagi menjamin kemenangan. Menurut kata Dato' Chua Soi Lek,

"The limit for candidates' election expenses is RM200,000, but the official accounting does not reflect the true spending. Usually a candidate spends between RM500,000 to RM1 million for campaigning".

Implikasi daripada senario ini, bakal mewujudkan sebuah pemerintahan yang korup, disebabkan politik kini telah menjadi suatu perniagaan. Apabila pilihan diletakkan antara rakyat yang berbilang kaum, berbeza pendapat dan belainan fahaman dan pegangan, dan ahli-ahli perniagaan serta parti yang telah memastikan kemenangan perwakilan yang bertanding, sudah tentu yang lebih diutamakan adalah parti dan ahli-ahli perniagaan terbabit. Ini adalah kerana perwakilan 'terhutang budi' kepada ahli-ahli perniagaan dan parti, yang telah meletakkan mereka di dalam kerajaan. Menurut kata Bridget Welsh, penganalisis pelaburan politik,

"Before elections, the selection of candidates is based on the money dynamics, and deeply tied to patronage. People tend to enter politic to make money. As a result, the caliber of leaders is sacrificed at the expense of money politic"

Kita harus sedar, atas tiket apa sekalipun, sama ada BN atau BA, mereka pada hakikatnya adalah sebuah badan perniagaan korporat yang mengutamakan perniagaan. Ini dibuktikan sendiri dalam kerajaan Selangor yang di tawan oleh BA pada pilihan raya yang lepas. Ahli-ahli perniagaan yang menjadi penyumbang dana kewangan kempen pilihanraya BA, menguasai penerimaan kontrak projek-projek di Selangor, dan gejala ini dapat di lihat menular dalam lain-lain pentadbiran kerajaan negeri, di mana ahli jawatan kuasa yang walaupun mereka berkecuali dan tidak mempunyai keahlian mana-mana pihak, baik pembankang atau kerajaan telah di tukar, di ganti dan dipindahkan ke lain-lain tempat secara mengejut.

Sekiranya kita terus mengundi, pada analisa saya, sistem ini akan terus berjalan walaupun kita mengundi parti pembangkang, kerana amalan politik mereka sama. Mereka adalah ahli perniagaan yang mempunyai keahlian dan kepentingan di dalam sesebuah entiti korporat, yang mungkin bukan satu tetapi banyak. Buktinya, tiada satu pun ahli politik, baik BN atau BA yang berani mengisytiharkan harta mereka atau pun setidaknya menunjukkan bahwa mereka tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana badan korporat.

Pilihan raya adalah suatu acara di mana rakyat di tipu dan di cabul di hadapan mata, selagi kita terus mengundi kita akan terus-menerus diperlakukan sedemikian, dan selagi kita mencari penyelesaian pada ahli-ahli politik, kita akan terus dieksploitasi dan dipergunakan untuk kepentingan mereka, baik BN atau BA. Secara hakikatnya, di dalam negara kita ketelusan di dalam pengamalan sistem demokrasi sangat kabur. Apa yang benar-benar diperlukan oleh Malaysia kini bukan ahli politik tetapi seorang pendukung kemanusiaan sejagat.

*sumber dipetik daripada buku Reforming Political Financing in Malaysia, keluaran Transparency International.







Subsidi Bahan Dagangan, Satu Komentar Bebas

*carta di peroleh daripada laman blog Jas Salleh

Demi menjadi seorang rakyat yang matang, saya berasa terpanggil untuk melakukan komentar pada carta senarai bahan dagangan yang di subsidi oleh kerajaan. Terdapat 6 bahan dagangan kesemuanya, dan di harap pada akhir komentar ini, kita dapat menilai sendiri sama ada bahan-bahan di atas terus di subsidi atau pun di tarik semula.


  1. Petrol dan Gas; ataupun bahan bakar asas fosil merupakan bahan bakar yang sangat tidak efisien, di mana sumbernya tidak mencukupi dan membahayakan alam sekitar. Petrol merupakan penyumbang terbesar, iaitu 70% - 80% , ke arah kemerosotan kualiti udara di ibu kota, dan lebih bahaya daripada asap rokok. Alternatif bagi sumber tenaga petrol adalah, elektrik, solar, geothermal, atau tidal dan wave.
  2. Tepung Gandum dan Gula; pula merupakan karbohidrat ringkas atau dalam bahasa Inggeris di panggil simple carbohydrate. Karbohidrat merupakan makanan yang menghasilkan tenaga bagi manusia, namun karbohidrat jenis ringkas merupakan penyumbang utama masalah berat badan atau obesiti sekiranya ia dijadikan makanan asas tenaga. Alternatif bagi karbohidrat ringkas adalah complex carbohydrate, ianya merupakan makanan tenaga yang lebih efisien di mana, ianya akan berada dalam sistem penghadaman lebih lama, dan memanjangkan rasa kenyang. Complex carbohydrate juga dapat menstabilkan paras gula dalam badan dan menjamin keseimbangan hormone. Antara contoh makanan complex carbohydrate adalah oat, whole grain wheat dan sayur-sayuran.
  3. Minyak masak; menguasai rak-rak di pasar raya kini adalah minyak masak tidak tepu, yang mana ianya telah di tempa atau di tambah bendasing bagi memanjangkan ketahanan minyak masak tersebut untuk di jual. Implikasinya pada tubuh manusia adalah, apabila di makan, badan sukar memproses untuk di bakar bagi tenaga. Hasilnya ianya akan terus tersimpan dalam badan sebagai lemak. Alternatif bagi ini adalah dengan mengubah cara penyediaan makanan dengan mengukus atau merebus, tanpa menggunakan minyak masak.
  4. Beras; pula sama penerangannya dengan tepung gandum dan gula. Ianya terangkum dalam kategori simple carbohydrate.
Tetapi apakah ini bermakna orang Melayu harus berhenti memakan nasi, oran India berhenti memakan capati atau tosei dan orang Cina berhenti memakan mee atau bi hun? mungkin bukan keseluruhannya, tetapi mengapa tidak?
    Jepun, Korea dan China telah mengadakan revolusi pemakanan dan diet sejak berpuluh-puluh tahun dahulu lebih awal daripada kita. Hasilnya negara mereka kini bermain di Piala Dunia, Liga Bola Keranjang Nasional Amerika, Liga Bola Lisut Nasional Amerika dan kegilaan terbaru kini, kumpulan Pop dan pelakon layar perak mereka menjadi idola remaja tanah air. Susuk tubuh mereka hampir setanding dengan manusia-manusia barat.

    Benar. Saya pasti ramai yang tertawa dengan komentar saya ini, namun percayalah, anda hanya mentertawakan diri anda sendiri yang gemuk, boroi, bantut, mungkin berjerawat dan berkulit kusam, hasil daripada pemakanan nenek moyang anda yang sudah lapuk dek zaman. 

    Apakah kita perlu memulakan revolusi pemakanan? Mengapa tidak? Sedangkan kita telah lama mengadakan revolusi pakaian dan cara hidup. Banyak orang Melayu, Cina dan India bertali leher dan kot ke tempat kerja, manakala golongan wanita dan gadis makin galak 'mengurangkan' pakaian pada badan bagi menandingi artis-artis barat, dan golongan korporat dan kelas pertengahan menghabiskan masa di coffee house dan bar-bar atau disko-disko popular di tanah air.

    Bagi pendapat saya, 'dosa' kerajaan adalah gagal mengadakan alternatif atau jalan keluar terhadap kemunduran kesedaran masyarakat dalam skala yang besar, dan 'dosa' ini bukanlah pada kerajaan sahaja tetapi patut di kongsi bersama oleh pihak pembangkang yang gagal menyuarakan perkara ini di parlimen.

    Sekiranya subsidi terhadap kesemua barang dagangan di atas di tarik semula dan dilaburkan pada penyelidikan sumber tenaga baru, menaik taraf transportasi awam dan komunikasi, penyelidikan genetik dan biomekanik, atau penyelidikan agrikultur alternatif, saya pasti kita dapat membina sebuah masyarakat baru, atau mungkin siapa tahu, negara kita dapat bermain di Piala Dunia kelak.

    Jacque Fresco dan Ekonomi Tanpa Wang


    Ini Jacque Fresco, dan beliau merupakan salah seorang guru dan idola bagi diri saya. Jacque merupakan salah seorang pelopor falsafah ekonomi Resource Based Economy, yang mana falsafah ekonomi ini menolak penggunaan mata wang sebagai medium perdagangan sepenuhnya ataupun setidaknya pada tahap minimum. Menurut Jacque, sekiranya dunia bersatu dan hasil bumi di kongsi bersama, masalah seperti kemiskinan, kebuluran dan jenayah dapat dibasmi ataupun setidak-tidaknya berada pada paras minimum.

    Jika di kaji idea yang dipelopori Jacque, kita akan sedar bahawa sistem ekonomi yang di guna pakai di seluruh dunia kini adalah sangat primitif dan anti-sosial, dan punca segala kemerosotan ketamadunan manusia berpunca dari wang.

    Jacque kini berumur 95 tahun, dan nampak kelihatan Jacque akan mati tanpa melihat ideanya terlaksana. Namun saya berharap agar suatu masa nanti, kalau pun tidak kesemuanya, sebahagian daripada idea Jacque Fresco akan terlaksana, cuma saya berharap ianya akan berlaku di dalam hayat saya.

    Falsafah Resource Based Economy merupakan antara idea yang penting untuk difahami, sekiranya ketamadunan manusia ingin terus berkembang. Ini bukan suatu Utopia, tetapi suatu harapan bagi bangsa manusia untuk keluar daripada kegilaan yang diciptakannya sendiri.

    Monday, June 6, 2011

    21 December 2012, An Exciting Event Of Our Civilisation


    December 21, 2012, as predicted by The Mayan prophecy marks the most important date of human history. The sun, the earth and the milky ways will be at the same parallel line and this event only took place once in 26,000 years.

    Many speculate that this would spells the end of days, while others believe that a global shift of consciousness would occur, which propel the human species into a new age of civilization.

    What I believe is we should be excited about this, as we are lucky to witness such event in our lifetime, and if it is the end of the day, what's the big deal? so to casually speak about it, since death is inevitable... 

    The Diversity of God


    The Speech of Mahatma Gandhi recorded in Kingsley Hall, London in 1931. Talking about the diversity and the divinity of what we call God. For those who truly understand, will see God in many faces. Gandhi is to me one of the most admirable humanitarian in history.

    Sunday, June 5, 2011

    Menuju Ke Arah Keamanan


    Apabila kita di tindas, di injak, di maki dan di hina, amat mudah untuk kita membalas dengan perlakuan yang sama. Tetapi sejarah mengajar kita, keganasan yang di balas dengan keganasan hanya akan menghasilkan lagi keganasan.

    Rasulullah SAW mengajar kita bahawa, kekejaman itu hanya dapat dikalahkan dengan kasih-sayang, namun sedikit sekali yang memahaminya...

    dan lebih menyedihkan kata-katanya itu dipegang oleh yang bukan Islam, Mohandas Karamchand Gandhi.

    Di manakah kita? 

    Saturday, June 4, 2011

    Malaysia: Satu Order Baru

    Malaysia kini melalui suatu kekacauan sosio-politik yang terhebat sejak kemerdekaannya dari British 55 tahun yang lalu. Tahukah kita bahawa, di saat masyarakat di negara-negara maju yang lain sibuk menuju ke arah evolusi kemanusian alaf baru, kita masih lagi gagal menyelesaikan perbezaan politik, dan kemunduran kesedaran di kalangan masyarakat kita?

    Jika di ambil mana-mana naskah akhbar di negara, 'menu' yang akan kita baca adalah, skandal politik atau seks ahli politik tertentu, perebutan kuasa di dalam parti politik, fitnah dan pertuduhan di kalangan ahli politik, masalah sosial di kalangan masyarakat, atau cerita artis-artis paling popular tanah air

    Sejak 55 tahun merdeka, sekiranya ada sejarah mengajar kita, ianya hanyalah satu, iaitu punca kekacauan sosio-politik negara adalah disebabkan ketidak-seimbangan politik yang mana ianya dikuasai oleh oligarkis yang mempunyai kepentingan tersendiri, dan bukannya untuk kepentingan masyarakat sejagat.

    Di atas ketamakan dan kegilaan ahli politik merancang strategi untuk kekal berkuasa, tidak kira BN atau BA, rakyat menjadi berpecah-belah, bermusuhan antara satu sama lain dan terlupa bahawa negara kita pada hakikatnya mundur sekurang-kurangnya 15 tahun jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain.

    Antara kelalaian kita ini adalah;

    • Ketika kita sibuk memikirkan isu subsidi dan kenaikan harga minyak, kita terlupa bahawa petroleum adalah sumber tenaga yang PALING tidak efisien, tidak kekal, dan penyumbang terbesar kepada masalah alam sekitar. Manakala di negara maju pula ketika ini, sibuk mencari sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar, geothermal, atau tidal dan wave bagi menghentikan penggunaan pertroleum sebagai sumber bahan bakar.
    • Ketika parti-parti politik sibuk memecah-belahkan rakyat bagi meraih undi, di negara-negara maju kini sibuk menyelesaikan perbezaan pendapat dan ideologi, bagi membentuk satu kefahaman politik yang padu dan jitu, demi membentuk sebuah masyarakat yang harmoni, lantas mewujudkan suatu identiti baru.
    • Ketika kita sibuk menonton video seks ahli politik tertentu, kita terlupa bahawa kos perubatan yang baik semakin meningkat dan sukar didapati, dan perubatan yang disediakan kerajaan kini semakin sesak dan ianya menyebabkan kualiti perubatan tanggungan kerajaan jatuh merudum. Termasuk juga dengan sistem pelajaran yang ketinggalan zaman, yang tidak lain hanya merupakan tinggalan penjajah kita, dan ianya hanyalah untuk menyumbang ke arah keperluan sumber tenaga manusia dan bukan untuk mewujudkan masyarakat yang berkesedaran dan kritikal.
    • Ketika kita sibuk melihat ahli politik bergaduh, kita terlupa bahawa sistem penjara kita gagal membentuk dan mengajar pesalah-pesalah agar dapat kembali semula ke dalam masyarakat dan tidak melakukan kesalahan semula. Ini menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat, dan skala masyarakat anti-sosial semakin tinggi.
    • Dan ketika kita sibuk memikirkan parti mana yang hendak di undi pada pilihanraya yang akan datang, kita terlupa bahawa negara kita mempunyai kualiti pengangkutan awam yang sangat buruk, yang mana sekiranya ia ditingkatkan kepada 95% kebanyakan rakyat yang tinggal di ibu kota terutamanya, tidak perlu memiliki kenderaan dan ini akan mengurangkan kadar inflasi, di mana mereka tidak perlu lagi meminjam kepada bank bagi membeli sebuah kereta.
    Hakikatnya kini, ketika kita menyangka bahawa PAS, PKR, DAP atau apa-apa sahaja perti pembangkang sebagai solusi kepada masalah kita, mereka tidak lain tetapi hanyalah UMNO, MCA, atau MIC dalam wajah, suara dan rupa yang berbeza, TETAPI mempunyai ideologi, motivasi dan matlamat yang SAMA. Ini adalah hakikatnya.

    Lihat pada peralihan pentadbiran George W. Bush kepada peralihan pentadbiran Barrack Obama. Sebelum, Presiden Obama ditabalkan sebagai Presiden Amerika yang ke-44, rakyat Amerika menyangkakan bahawa mereka akan mengalami reformasi kenegaraan yang ditunggu-tunggu selama ini. Tetapi apa yang dikecapi tidak lain melainkan pentadbiran yang sama seperti Presiden Bush, tetapi dibawa oleh suara yang lebih 'sopan, sedap dan lunak' dari pentadbiran yang sebelumnya. Benar. Amerika menarik semula ribuan askar-askarnya di Iraq dan Afghanistan, tetapi di ganti oleh kumpulan askar upahan yang lebih kejam, tamak dan 'brutal'.

    UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP atau apa-apa sahaja parti politik di negara kita adalah sama sahaja, iaitu dari sudut motivasi dan matlamat. Mereka tidak lain melainkan seperti jenama rokok di pasaran, Marlboro, Dunhill, Pallmal atau Salem, kotak dan hiasan pada sarungnya berbeza, tetapi pada hakikatnya ia tetap rokok.

    Golongan pelajar harus sedar berkenaan hakikat ini. Harus lebih kritikal dan tidak mengafiliasi dan mengabdikan diri kepada mana-mana pihak, sama ada kerajaan atau pembangkang. Harus kekal berkecuali dan menerapkan sifat 'kedekutkan' sokongan, agar anda semua tidak mengulangi kesilapan kami.

    Berikut adalah sebab mengapa saya sehingga kini masih lagi tidak pernah mengundi. Masih menunggukan seorang pemimpin yang cukup waras.

    Wallahualam.




    Saturday, May 28, 2011

    Kenapa Saya 'Sembah' Allah

    "Kau buat apa tadi?"

    "Aku sembahyang."

    "Sembah? Kau sembah apa?"

    "Aku sembah Allah"

    "Allah tu sapa?"

    "Dia Tuhan sekalian alam"

    "Kalau Dia tuhan kenapa nak sembah lagi? Kalau kau tak sembah, Dia tak jadi tuhan ke?"

    "Eh, bukan begitu... (tersenyum)"

    "Ye lah, Allah kan Rabbul Alamin, Dia memang hebat sejak azali, sama ada kita sembah atau tidak dia tetap tuhan... Jadi mengapa kamu masih sembah dia?"

    "Saya rasa kamu dah salah anggap ni... (tersenyum)"

    "Oh, saya faham. Kamu sembah Allah sebab nak kaya kan?"

    "Nak kaya? Saya tak faham. Apa maksud kamu?"

    "Ye lah, lepas sembahyang kamu mesti berdoakan?
    Mesti kamu doa supaya kamu makin kaya, atau makin dicintai, makin itulah, makin inilah...
    Betul tak? Bukannya ikhlas pun kamu ni, sembahyang sebab nak 'upah' dari Allah"

    "Eh, bukanlah... (tersenyum)"

    "Ye la, kalau Allah tu tuhan Rabbul Alamin kenapa perlu berdoa lagi? Bukankah dia sentiasa tahu isi hati kamu? Mengapa perlu kamu meminta-minta? Kamu rasa dia bodoh ke tak tahu apa yang terbaik untuk kamu?

    "Baiklah, sebenarnya begini. Boleh saya terangkan?"

    "Silakan Tuan Hamba"

    "Kamu pernah berasa lapar atau dahaga tak?"

    "Mestilah pernah"

    "Jadi apa yang kamu buat?"

    "Saya akan makan dan minum"

    "Bagaimana kamu tahu kamu lapar atau dahaga?"

    "Saya rasa dan rasa saya tu difahami oleh akal"

    "Kamu yakin ke?"

    "Mestilah saya yakin, sebab saya BENAR-BENAR merasakan lapar dan dahaga itu, dan akal saya memahaminya"

    "Begitulah juga saya menyembah Allah, saya me'rasai' ketuhanan-Nya, dan akal memahaminya. Lalu saya bersembahyang"

    "Betul, tapi kamu masih tak dapat terangkan mengapa PERLU kamu sembah dia sedangkan dia tetap tuhan walaupun dia tidak disembah?"

    "Baiklah, begini... Selepas kamu makan dan minum, adakah kamu akan berasa lapar dan dahaga lagi? atau kekal kenyang selamanya?

    "Tentulah tidak!"

    "Jadi mengapa kamu terus makan dan minum, kalau kamu tahu kamu tetap akan lapar dan dahaga bila tiba masanya nanti?"

    "Hehehe..."

    "Begitulah juga saya dalam menyembah Allah... (tersenyum)"

    "Nanti dulu, kamu masih tak terangkan kenapa kamu berdoa?"

    "Baiklah, kamu ada kekasih tak?"

    "Ada"

    "Kamu pernah ucapkan kalimah 'aku cinta padamu' tak kepadanya?"

    "Hehe.. Mestilah ada"

    "Berapa kali?"

    "Berkali-kali lah, kadang-kadang dalam sehari samapi berpuluh kali saya ucap 'aku cinta padamu' kepadanya"

    "Kenapa perlu kamu ucapkan kalimah itunberkali-kali, sedangkan kamu sedar bahawa kekasih kamu sudah tahu dan pasti cintamu kepadanya?"

    "Hehehe... Betul juga"

    "Begitulah saya berdoa kepada Allah, walaupun Dia tahu isi hati saya, namun saya tetap akan mengucapkannya, berkali-kali"

    "Hahahahaha...(ketawa bersama)"